Monday, December 21, 2009

Hari bersejarah~~Betukar Status (4/12/09)

My Wedding Day




Urm..entry kali ni nk bercerita mengnai majlis kahwin saya..alhamdulillah..segala urusan berjalan dengan lancar..firstly ni nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada..mak n abah..family...my pengapit(aisya)..jiran tetangga..dan kwn2..kerana sudi membantu dan memeriahkan majlis kahwin sy tempuh ari...tanpa anda semua..majlis x akan semeriah ini..

Bercerita berkaitan preparation utk majlis kawin ni mmg bnyk dugaan dan cabarannya..sesiapa yang sudah berkahwin akan merasai benda yg sama..dan sesiapa yang belum berkahwin..haa..bersiap sedia la yer..hehe..

Dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada Muhammad Fazil Bin Rahmat tepat jam 4.22 petang pada 4 Disember 2009 bersamaan ari Jumaat. Masa tu hanya Allah jer yang tau perasaan saya...tkut..cemas..suka..urm..mcm2 la..hehe..fazil yang akad nikah..sy yang tkt kt blk..saya gemgam tangan aisya..kesian aisya..haha..mcm lawak jer..yer la kan..nk bertukar status la katakan..dar anak dara..kepada isteri org..bkn senang..mcm2 yang dipkkan..Hantaran dr saya sebanyak 13 dulang bertemakan pink putih dan dibalas 9 dulang dr pihak lelaki yang bertemakan gold dan brown..selepas majlis akd nikah..sy diarahkan keluar dr blk utk membaca watikah mengenai mas kahwin..hehe..malu gler masa tu..gelabah la rasanya..selepas selesai acara membatalkan air sembahyang...kami berdua bersalaman dengan semua ahli keluarga dan saudara mara. Korang nak tau x..time ni sedih sgt..masa sy bersalam dengan mak sy..mak sy nangis2..sedih..anak die dh jadi hak milik org lain..sy peluk mak sambil nangis2..urm..mak..walau apa pun yang berlaku..ain tetap anak mak dunia dan akhirat....ain akan jg mak..ain akan sentiasa doakan kesejahteraan mak dan abah..sob sob sob..sedih plak rasa..

ha..apa lg..Selepas selesai semua..kami pun mulakan la sesi fotografi..hehe..dh lame x melaram depan kamera ni..thanks kepada my cameraman..abg akhbar dan kak biha kerana sudi melayan kerenah kami..aisya lak dijadikan sebagai penasihat fotografi..hehe..mmg bnyk aksi kami..bak kata my cameraman tu..selepas abes majlis..gmbr semua ada dlm 8 ratus lebey..wau,..bnykkan kwn2..haha...ni x termasuk gmbr hp yang kami amik sendiri..hehe..bkn selalu nk melaram mcm ni..hehe..

Jumaat mlmnya lak ada marhaban..dan majlis berinai..Makcik saya (mak andak) tumpang potong jambul cucu sulungnya masa marhaban..Marhaban tu lepas maghrib dan disambung plak ke majlis berinai selepas isyak..

Pada majlis berinai..saya memakai baju biru muda + putih..dan kami mempunyai 4 pasang baju pada mlm tu(termasuk baju berinai skali)..baju gaun..baju kebaya songket..baju biru tua..sian abg masa tu..nampak penat btl..hehe..tp mmg penat pun..Lebih kurang pkl 11 lebey (kalu x silap) br abes sesi fotografi tersebut..huh..('',)

Pda keesokan harinya (5.12.09)..Jamuan pada majlis kami bermula jam 11 pgi hingga 5 ptg..dan
majlis bersanding jam 2.30 pg..Saya dan suami memakai baju pink..(ahaks..my favourite colour).
Thanks abg coz setuju utk memakai bju pink..hehe..ahli keluarga lain pun semuanya memakai baju tema yg sama..ada gak la yg merungut..mana x nya..lelaki pun kena pakai bju pink...ala bkn selalu pun..haha..Walaupun hujan ketika tu ramai gak yg sudi dtg..kengkawan dr kl pun ramai yg trn..thanks bnyk2..oklah..jum la kta layan bebrapa pic ni..pic yang dr my cameraman x dpt lg..ni pic dr hp..opss..tp gmbr potong cake..mkn beradap n gmbr pada majlis sanding tak bnyk yg dh transfer..pic selebihnya ada didalam my facebook..jum layan..

Buat my pengapit..aisya..thanks sesangat..aisya bnyk sgt tlg org..aisya seorang pengapit yg baik..syg sgt kt die..muah..jgn serik lg trn ke jb ya..hehe

Majlis Nikah (4/12/2009)


comey x kami?? hehe


melaram..


dengan baby kesayangan


dengan my pengapit..


merenung hari2 bahagia


sukanya saya..


berdebar ke abg??


persetujuan untuk bernikah


menandatangi dokumen nikah


alhamdulillah..semua dah settle..


kami nk ke bintang..


Majlis Berinai (4/12/2009)


eh..saper yang jadi pengantin ni..


ok x?? hehe


majlis berinai.


sesi fotografi 1 ( kebaya songket)


sesi fotografi 2 ( gaun)

sesi fotografi 3 (biru tua)


posing..posing..


meh sni ayg betulkan syg..

Majlis Sanding (5/12/2009)


after makeup


ni la my pak andam...


dengan officemate..fuad dan zaini..


dengan family abg hanif


dengan sebahagian dr anak2 saudara


bersama my sister..n..my flowergirl..


hantaran untukku..

3 comments:

Shima Shukor said...

wah... melaram sakan dia ye. Apa2 pun kite nak wish selamat pengantin baru. Semoga rumah tangga anda mendpt keberkatan dr Allah & bahagia sampai ke syurga.
lg satu ya... slmt bertukar status... Puan Ayien...

Aifaz InLove said...

hehe..thanks puan shima..
('',)

Cik Edayu Rais said...

tahniah ain sudah selamat ngn pajil. Jg hubungan baik2 yek. All da best. sorry coz can't attend ur wedding.

Post a Comment