Wednesday, March 17, 2010

Kehilangan Seorang Nenek

Pada hari ahad yang lepas..saya telah kehilangan nenek yang saya paling sayangi..tu la satu-satunya nenek saya yang ada..dan akhirnya die telah pergi menghadap Ilahi tepat jam 5.55 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..Pemergiannya begitu dirasai oleh kami sekeluarga..Arwah seorang nenek yang begitu baik..Tapi walau bagaimanpun saya tetap bersyukur kerana saya sempat berjumpa dengannya di saat-saat akhir hayatnya.. Memang sedih sgt...

Kami semua akan merindui tok.. Kami akan sentiasa mendoakan agar tok tenang di sana..ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah..amin..

Wednesday, March 3, 2010

Peringatan Pada Diri!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

Thursday, February 18, 2010

Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Ni!!!

Urm..entry kali ni lebih kepada perasaan diri sendiri..ntah la kenapa la skang ni emosi selalu x menentu..selalu rasa resah gelisah..selalu x sedap badan..selalu rasa sedih walhal xder benda sebenarnya perlu disedihkan..selalu demam2..selalu dijangkiti batuk dan selseme..selalu sakit kepala..aduhai..kenapa la dengan saya ni..Makin hari semakin teruk yang saya rasa..makin hari makin lemah...tiada semangat..urm..

Ini semua membuatkan saya bertambah tensen..serba x kena..semua benda yang saya buat jadi mcm x betul jer..time tulis ni pun sebak jer dada..mcm nk nangis..

Ya Allah,
Apakah yang berlaku kepada hamba-Mu ini,
Permudahkan semua urusan dan berikanlah hamba-Mu ini kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa..
Ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini..
Amin

tapi..

saya rasa bersyukur kerana orang di sekililing saya paham perasaan saya ni..lagi suami tercinta..parents saya..dan officemate saya coz selalu amik mc sekrang ni..

p/s: Nasib baik parents saya ada kat umah skang ni tp esok diorg dh nk blk ke johor..

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Bercuti

Hello semua..

selamat bercuti..
gong xi fa Cai..
hepi dapat blk Jb .. Yahoo..!! cuma satu jer yang saya sedih..coz..dh x dpt ang pau..waaa..nk ang pau..sape nk bg angpau kat sy..angkat kaki sebelah...hehe

Thursday, February 4, 2010

~~Aku Yang Sentiasa Kesejukan~~

huhu..entry kali ni berkisarkan kesejukan yang melanda dalam diri..
tak tau la naper la dgn saya ni....kalu kt opis..orang lain semua kepanasan tetapi saya sampai biru kuku kaki tangan menahan sejuk..aduhai..seksa gak ari2 kat opis mcm ni..tp apakan daya..padahal sit tu bukan la menghadap btl2 depan aircond ..huhu..nk katakan kurang lemak tu..dh ckp kot lemak yang sedia ada..adakah ini satu penyakit?? sakit apakah yang menyebabkan kita selalu sejuk ni..sejuk skit..biru kuku kaki tangan..nk katakan serba serbi biru la..any one can help me?? please..please..

Tuesday, February 2, 2010

~~Kenapa dan Mengapa??!!

Kenapa kalu kita benci seseorang tu..die selalu dtg dekat dgn kite..??
Kenapa kalu kita benci untuk buat seseuatu kerja tu..kerja tu akan dtg bertimbun-timbun bnyknya kt kiter...
Kenapa mesti semua benda ni jadi??
saya jadi konfius..urm..

Bencinya saya x terhingga..sekarang ni hanya mampu bertahan dan bersabar..
Harap-haraplah Allah mampu menabahkan hati ni..
Saya tidak mahu bercerita dengan lebih details kerana saya tidak mahu sesetengah pihak terasa hati..saya tidak mahu sesetengah pihak menganggap saya yg bukan2..lebih baik saya pendamkan daripada sy luahkan ati ni..

Kekadang..org lain lebih gembira melihat kita merana..
Kekadang..org lain gembira melihat kita bersedih..
Dan tidak kurg juga yg menabur fitnah yang bukan2..
Kenapa mesti ada perasaan mengkhianati sesama sendiri tu?? mengapa??
Yang penting..saya harus tabah..
saya harus bersabar..
dan saya harus bertawakal dan berdoa..
semoga semuanya berjalan dengan lancar..
semoga semuanya menjadi bahagia..

Sekian....

Monday, February 1, 2010

~~Alhamdulillah~~

huhu..

alhamdulillah...tetibe jer benda tu mengecut dan tggl satu jer..sggh ajaib..

Harap2 lepas ni check 'benda' tu dah xder...

berdoa..dan terus berdoa..amin..

('',)